SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG

KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.

TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN..
ANDA DIALU-ALUKAN.

KEAHLIAN :

YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PROVC RM30.00 HANYA DIBAYAR SEKALI SAHAJA SEMASA PENDAFTARAN. TIADA YURAN BULANAN@TAHUNAN DIKENAKAN. KEAHLIAN TERBUKA KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK PERODUA VIVA YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.

Tuesday 13 March 2012

Hutan lipur Bukit Air

Pengenalan
 
Hutan Lipur Bukit Ayer telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan diwartakan pada 26 Ogos 1998. Kedudukannya terletak di Kompartmen 9 dalam Hutan Simpan Bukit Bintang dengan keluasan 186 hektar. Sehingga kini kawasan yang dibangunkan untuk kemudahan pengunjung adalah seluas 20 hektar.





Tumbuhan semulajadi di Hutan Lipur Bukit Ayer adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan terdapat sebuah air terjun yang mengalir ke dalam kolam. Kawasan hutan lipur ini bukan sahaja menjadi satu lokasi bagi tujuan berkelah dan berehat tetapi juga sesuai untuk menjalankan aktiviti pendidikan. Berdekatan dengan kawasan ini terdapat Rimba Herba, Taman Anggur Jabatan Pertanian, Taman Primat, Taman Botani dan Taman Ular.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk kemudahan pengunjung seperti pusat penerangan, kolam mandi, chalet, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, surau, wakaf, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, trek basikal lasak dan kemudahan tempat letak kenderaan. Jarak Hutan Lipur Bukit Ayer dari Bandar Kangar adalah 12 kilometer. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.


Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 300 m a.p.l







No comments:

Post a Comment