SELAMAT DATANG



SELAMAT DATANG

KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG MEMILIKI KERETA PERODUA VIVA, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA UNTUK MENYERTAI KAMI SEBAGAI SEBUAH KELUARGA. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK KEKELUARGAAN,RIADAH,SUKAN,KEMASYARAKATAN DAN BERMACAM LAGI DIJALANKAN BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM KITA BERSAMA.

TIDAK KIRA BANGSA, TUA ATAU PUN MUDA, BERLAINAN AGAMA SEKALIPUN..
ANDA DIALU-ALUKAN.

KEAHLIAN :

YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PROVC RM30.00 HANYA DIBAYAR SEKALI SAHAJA SEMASA PENDAFTARAN. TIADA YURAN BULANAN@TAHUNAN DIKENAKAN. KEAHLIAN TERBUKA KEPADA SEMUA PEMILIK-PEMILIK PERODUA VIVA YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.

Tuesday, 13 March 2012

Hutan lipur Bukit Air

Pengenalan
 
Hutan Lipur Bukit Ayer telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan diwartakan pada 26 Ogos 1998. Kedudukannya terletak di Kompartmen 9 dalam Hutan Simpan Bukit Bintang dengan keluasan 186 hektar. Sehingga kini kawasan yang dibangunkan untuk kemudahan pengunjung adalah seluas 20 hektar.





Tumbuhan semulajadi di Hutan Lipur Bukit Ayer adalah jenis Hutan Dipterokarp Bukit dan terdapat sebuah air terjun yang mengalir ke dalam kolam. Kawasan hutan lipur ini bukan sahaja menjadi satu lokasi bagi tujuan berkelah dan berehat tetapi juga sesuai untuk menjalankan aktiviti pendidikan. Berdekatan dengan kawasan ini terdapat Rimba Herba, Taman Anggur Jabatan Pertanian, Taman Primat, Taman Botani dan Taman Ular.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan untuk kemudahan pengunjung seperti pusat penerangan, kolam mandi, chalet, dewan serbaguna, tapak perkhemahan, surau, wakaf, tandas, taman permainan kanak-kanak, denai interpretasi, trek basikal lasak dan kemudahan tempat letak kenderaan. Jarak Hutan Lipur Bukit Ayer dari Bandar Kangar adalah 12 kilometer. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.


Jenis Hutan: Hutan Dipterokarpa Pamah
Ketinggian : 300 m a.p.l







Gua Kelam Perlis

Pengenalan     

       Gua Kelam merupakan salah satu daripada gua batu kapur Formasi Setul yang berada dalam Banjaran Nakawan dan telah diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sejak 1997. Gua Kelam juga terletak di dalam Hutan Simpan Wang Mu dengan keluasan 2000 hektar dan telah diwartakan sebahagian daripada Taman Negeri Perlis pada 3 Julai 2008 di bawah Seksyen 10(1)Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1987. Pekan yang berdekatan dengan Gua Kelam ialah Pekan Kaki Bukit sejauh 500 meter.

       Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mendapat peruntukan sebanyak RM 9 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan (RMKe-8) dari Kementerian Pelancongan Malaysia untuk membangunkan kawasan Gua Kelam dan menjadikannya sebagai Muzium Semulajadi untuk aktiviti pembelajaran. Operasi Gua Kelam bermula pada pertengahan tahun 2007 dan dibuka sepenuhnya kepada umum pada 1 Januari 2008.

       Gua Kelam  terkenal kepada umum bermula dengan penemuan bijih timah bermutu tinggi di dalam gua oleh pelombong-pelombong cina di pertengahan abad yang lalu. Menurut sejarah, nama Gua Kelam adalah gelaran yang telah diberikan oleh pelombong-pelombong bijih sempena kegelapan yang wujud di dalam gua itu sendiri. Pelombong-pelombong terpaksa menggunakan lampu karbid untuk menerangi kawasan dalam gua sepanjang menjalankan aktiviti mengeluarkan bijih timah.

       Pengurusan Gua Kelam telah diletakkan dibawah Unit Taman Negeri ,Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan beroperasi pada hari Selasa sehingga hari Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pada hari Isnin pula operasi Gua Kelam ditutup bagi menjalankan kerja-kerja penyelengaraan di dalam bangunan dan sekitar kawasan. Seramai 8 orang pekerja telah ditugaskan disini bagi memastikan perjalanan Gua Kelam berjalan lancar.

       Semenjak pembukaan Gua Kelam pada awal tahun 2008, tempat ini semakin kerap dilawati oleh pelancong dalam dan luar negerayang tertarik dengan sejarah perlombongan dalam gua dan masih terpelihara. Sejumlah lebih 3000 pelawat telah dicatatkan hanya dalam masa dua bulan iaitu antara bulan Febuari dan Mac 2008. Sebagai tambahan, Gua Kelam menerima kehadiran 20 kumpulan pelawat daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke institut pengajian tinggi.

       Para pelawat yang ingin ke sini boleh memandu kenderaan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan teksi dan bas dari Kangar terus ke Gua Kelam yang mengambil masa selama 30 minit. Kadar bayaran yang dikenakan juga adalah sangat berpatutan dan murah.




PETA LOKASI GUA KELAM


Tarikan yang terdapat di Gua Kelam

       Terdapat pelbagai tarikan yang menarik boleh di dapati oleh para pelawat sepanjang berada di Gua Kelam. Antaranya sebuah Galeri yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri untuk mempamerkan koleksi artifak, kegunaan dan bahan-bahan sejarah yang berkaitan perlombongan bijih timah.

       Selain itu sebuah keretapi mini yang mempunyai 10 buah gerabak dengan kapasiti penumpang 20 orang turut disediakan kepada pengguna. Perjalanan menaiki keretapi ini mengambil masa kira-kira 30 minit untuk satu trip perjalanan dengan jarak sejauh 400 meter.

       Kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti laluan interpretasi gua sepanjang 1.5 kilometer meliputi jalan di atas simen, tanah dan laluan anak sungai. Para pelawat juga berpeluang melihat landasan untuk troli-troli bijih yang dibina dari besi dan kayu serta laluan yang disusun menggunakan batu-batuan oleh pelombong-pelombong timah. Malahan pembinaan pintu gerbang oleh tauke-tauke lombong bagi menanda kawasan sempadan konsesi juga turut di dapati di dalam gua ini.

       Pelbagai jenis binatang seperti kelawar, ular, labah-labah, aneka serangga dan lain-lain boleh di dapati didalam gua ini.

       Kemudahan asas lain yang disediakan adalah seperti pondok rehat, bangku rehat, tandas, dewan tertutup, kafeteria dan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 80 orang. 

 Bil.          Penggunaan Kemudahan/Perkhidmatan/Aktiviti Gua KelamKadar Bayaran (RM)
 1Bayaran masuk dewasa 2.00
 2Bayaran masuk kanak-kanak (bawah 18 tahun) 1.00
 3Bayaran berkhemah seorang sehari (dewasa) 2.00
 4Bayaran berkhemah seorang sehari (kanak-kanak) 1.00
 5Kamera (seunit) 5.00
 6Perakam Video (seunit) 10.00
 7Membuat filem komersial/dokumentari (setiap sesi) 200.00
 8Permit penyelidikan 50.00
 9Dobi setiap khemah 6.00
 10Sewa kawasan setiap khemah bagi satu malam 10.00
 11Juru pandu ( 10 pelawat setiap juru pandu)- Gua Kelam kurang 4 jam 40.00
 12 Juru Pandu (Bermalam) 20.00
 13Pengangkutan barang (setiap hari tetapi tidak bermalam) 40.00
 14 Dewan Tertutup (setiap jam) 30.00
 15 Keretapi (dewasa) 5.00
 16 Keretapi (kanak-kanak bawah 18 tahun) 3.00

Sumber :  www.perlisforestry.gov.my

Jemput mai makan angin kat PERLIS nan mempersona.....

Pilih Je nak p mana......


Monday, 12 March 2012

PROVC Event

11 March 2012 PROVC CREW Mengiringi Kakak Ashraf Ke Majlis Persandingan .





Viva Specification


Dimension & Weight

Viva 660 BX 660 EX 850 1.0
Dimension & Weight
Overall length / width / height                        3575 / 1475 / 1530
Interior length / width / height                       1845 / 1300 / 1250
Wheelbase mm                                 2390
Couple distance mm                                  840
Front seat distance to ground mm                                  580
Track front / rear mm                              1320 / 1310
Kerb weight kg 755765 780
Minimum ground clearance (Non-laden) mm                                  145
Seat capacity persons                                    5
Min. turning radius (tyre) m                                   4.2